62 Guru Sertai Acara Merentas Desa, Amalkan Budaya Sihat

UKAS  > Edisi-Utara >  62 Guru Sertai Acara Merentas Desa, Amalkan Budaya Sihat
0 Comments

AHAD, 2 OKTOBER 2022

SELANGAU: Seramai 62 guru dari sekitar daerah Selangau telah mengadakan acara merentas desa sepanjang 5 kilometer pada Sabtu.

Acara tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Daerah Selangau untuk menggalakkan budaya sihat dalam kalangan guru. 

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Edwin Banta memuji penganjur atas usaha menganjurkan program seperti ini kerana bukan sahaja aktiviti sihat malah dapat merapatkan hubungan kakitangan sekolah di Daerah Selangau.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penangguhan Merentas Desa PSKPP Daerah Selangau 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tau Selangau pada Sabtu. 

Edwin juga berkesempatan menyumbangkan sebuah Smart TV kepada SK Sungai Tau Selangau untuk memudahkan sesi pembelajaran di sekolah tersebut.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Sungai Tau Selangau, Jouny Sebli. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *