Kursus Asas Hospitaliti Bimbing Pengusaha Desa Inap Di Sri Aman

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kursus Asas Hospitaliti Bimbing Pengusaha Desa Inap Di Sri Aman
0 Comments

AHAD, 2 OKTOBER 2022

SRI AMAN: Para pengusaha Desa Inap di Sri Aman mendapat peluang untuk memperkasakan diri dalam aspek berkaitan sektor pelancongan menerusi penganjuran Kursus Asas Hospitaliti.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan penerangan dan panduan kepada para peserta berkenaan operasi dan pengurusan sesebuah desa inap yang berdaya saing.

Ia juga bertujuan memberi pengetahuan berkaitan trend semasa yang mampu menarik minat para pengunjung.

Sehubungan itu, kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, di Hotel Seri Simanggang pada Jumaat. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *