KPLB Gariskan Tiga Komponen Penting Dalam Memastikan Kesejahteraan Rakyat Luar Bandar

UKAS  > Edisi-Utara >  KPLB Gariskan Tiga Komponen Penting Dalam Memastikan Kesejahteraan Rakyat Luar Bandar
0 Comments

ISNIN, 3 SEPTEMBER 2022

LIMBANG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berperanan penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar. 

Menterinya Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, untuk mencapainya terdapat tiga perkara utama yang perlu diberikan perhatian antaranya prasarana, pendidikan dan sosioekonomi. 

“Kesejahteraan rakyat itu boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu pertama berkaitan dengan prasarana rakyat atau kemudahan infrastruktur, keduanya bersangkut dengan pendidikan dan ketiga ialah sosioekonomi dan keusahawanan,” katanya. 

Beliau berucap merasmikan penangguhan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Limbang 2022 di Kompleks Sukan Limbang di sini pada Ahad. 

Mengulas lanjut, Dato’ Seri Mahdzir mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakyat di Limbang yang telah menjayakan Mini KUD Limbang 2022 ini sehingga berjaya mengutip jualan lebih RM400,000. 

“Untuk untuk KUD ini, saya difahamkan lebih kurang 30,000 pengunjung dalam masa tiga hari berkunjung ke gerai-gerai, kedai-kedai dan jualan kutipannya lebih daripada RM400,000.

“Sepanjang dua hari karnival ini berlangsung terdapatnya padanan perniagaan yang mencecah hampir RM1.1 juta,” ujarnya. 

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dato’ Ramlan Harun, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Negara Brunei Darussalam Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat dan Ahli Dewan Negara merangkap Penasihat Khas Pendidikan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad dan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *