Nurul Zahnesha Dari Kampung Jepak Muncul Juara Pertandingan Karaoke Lagu Melayu

UKAS  > Edisi-Utara >  Nurul Zahnesha Dari Kampung Jepak Muncul Juara Pertandingan Karaoke Lagu Melayu
0 Comments

RABU, 5 OKTOBER 2022

TATAU: Peserta Nurul Zahnesha, 25 tahun dari Kampung Jepak, Bintulu muncul juara ertandingan Karaoke Lagu Melayu sempena Pesta Tatau di sini pada Isnin. 

Beliau berjaya mengenepikan 27 orang peserta dan membuatkan kira-kira 2,00 penonton yang hadir terpukau dengan persembahan dan suaranya. 

Kejayaan itu sekaligus membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala dan sijil penyertaan. 

Sementara itu, Naib Johan disandang Mohd Sahrizal Suhaili, 30 tahun juga berasal dari Kampung Jepak, Bintulu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala dan sijil penyertaan. 

Manakala, Mohd Iwan dari Kampung Jepak, Bintulu turut membawa pulang hadiah wang tunai RM200 beserta piala dan sijil penyertaan selepas berjaya menduduki tempat ketiga. 

Kesemua pemenang menerima hadiah yang disampaikan Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan.

Bersempena Pesta Tatau, pelbagai acara menarik termasuk karnival gerai jualan dan persembahan artis tempatan diadakan dengan perasmiannya akan disempurnakan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai. 

Hadir sama Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *