1,500 Jemaah Sertai Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Lahir TYT Sarawak

UKAS  > Edisi-Utama >  1,500 Jemaah Sertai Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Lahir TYT Sarawak
0 Comments

JUMAAT, 7 OKTOBER 2022

MIRI: Kira-kira 1,500 jemaah telah menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa, Miri pada Jumaat. 

Majlis turut disertai Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri-Timbalan Menteri serta Ketua-Ketua Jabatan. 

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib Berjemaah yang diketuai oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. 

Dato Mustapha Kamal kemudiannya memimpin bacaan Yaasin sebelum majlis diteruskan dengan alunan Zikir Marhaban bersama Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Miri. 

Selepas itu, majlis diteruskan dengan doa kesyukuran sebelum Solat Fardhu Isyak Berjemaah diadakan. 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam bersama para jemaah dan juga tetamu lain yang hadir. 

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-86 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *