JUMAAT, 14 OKTOBER 2022

SIBU: Sebanyak 2,000 kerusi plastik telah disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato’ Sri Tiong King Sing kepada Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya.

Kerusi plastik itu disumbangkan melalui pembantu khas beliau, Johnny Ling dan ianya cukup bagi menampung kegunaan murid-murid sekolah yang berjumlah 1,906 orang.

Simbolik penyerahan sumbangan kerusi tersebut telah diadakan di Perkarangan Ruai Ilmu, SK Sibu Jaya di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Sibu Jaya, Jabut Minda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Sri Tiong di atas sumbangan dan kemurahan hati beliau.

Selain itu, turut diperuntukkan juga dana berjumlah RM200,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sibu Jaya bagi membaikpulih tandas murid-murid, membaikpulih pendawaian elektrik yang rosak serta membina laluan berbumbung ke bangunan pra sekolah SK Sibu Jaya. – EDISI UKAS

add comment