MFICORD Komited Bantu Rakyat Ubah Sektor Pertanian

UKAS  > Edisi-Utara >  MFICORD Komited Bantu Rakyat Ubah Sektor Pertanian
0 Comments

JUMAAT, 14 OKTOBER 2022

BINTULU: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) amat komited untuk mencapai visi utamanya mengubah sektor pertanian.

Menterinya Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ke arah itu, kakitangan MFICORD itu sendiri perlu menggandakan usaha mereka membantu mengubah komuniti petani kecil kepada sekumpulan komuniti yang terlibat dalam pengkomersilan.

“Saya ingat kami ada satu persidangan di Denmark, pembicara utama berkata seorang pemimpin adalah pemimpi, tetapi orang di sekeliling pemimpin (iaitu pasukannya) yang dimikinya akan melakukan selanjutnya”.

“Anda mahu saya terus bermimpi, saya akan melakukannya. Tetapi saya tidak mampu untuk bermimpi kerana tahun 2030 adalah masa yang singkat untuk bermimpi. Kita mesti menyampaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penghargaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) di Hotel Promenade, Bintulu pada Selasa.

Dalam pada itu, Dato Sri Dr. Stephen Rundi turut mengingatkan kepada kakitangan MFICORD untuk sentiasa bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa sekiranya mereka dipanggil untuk bekerja.

Katanya, tugas mereka bukan hanya bekerja pada jam 9 pagi hingga jam 5 petang sahaja malah mereka perlu bersedia untuk memberi khidmat kepada rakyat diluar jangkaan mereka.

Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datu Edwin Abit, Residen Bintulu Datu Jack Aman Luat, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr. Adrian Susin Ambud, dan Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *