Pustaka Negeri Sarawak Anjur Festival Penulis-Penulis Sarawak 2022

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pustaka Negeri Sarawak Anjur Festival Penulis-Penulis Sarawak 2022
0 Comments

RABU, 19 OKTOBER 2022

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Festival Penulis-Penulis Sarawak (SAF) 2022 yang bakal berlangsung untuk kali ke-4 pada 24 hingga 29 Oktober ini.

Program ini akan diadakan secara serentak di ketiga-tiga kampus Pustaka Negeri Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. 

Majlis pelancaran program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah bagi mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abagn Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Pustaka Negeri Sarawak dalam kenyataan media pada Rabu memaklumkan, tujuan program SAF2022 diadakan adalah untuk menggalakkan kreativiti penulisan di kalangan penulis tempatan dalam memelihara khazanah penulisan di Sarawak.

Tema SAF2022 ialah ‘Legasi’, bagi memberi fokus kepada warisan, peninggalan atau kesan penulisan sama ada daripada penulis terdahulu sehingga sekarang dan seterusnya pada masa akan datang.

Antara isi program adalah bengkel, ceramah, forum, seminar, perkongsian ilmu, Book Talk, Sarawak Authors Highlight, tarian, persembahan lagu-lagu tempatan daripada kumpulan buskers Sarawak, pameran, penjualan buku dan sebagainya.

Acara kemuncak adalah Program Hari Sihat SAF2022 yang bakal dikendalikan oleh DJ Fir Affandi dan DJ Elya dan para peserta akan berpeluang mengikuti perkongsian kesihatan.

Majlis Makan Malam (Sarawak Author’s Gala Night) bagi meraikan penulis dan penerbit Sarawak turut diadakan di Hotel Pullman dan penyampaian dua anugerah utama bersempena SAF2022 iaitu Anugerah Penghargaan kepada Penulis dan Penerbit akan diadakan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *