KPDNHEP Kapit Anjur Program PJMKM Di Bukit Goram

UKAS  > Edisi-Tengah >  KPDNHEP Kapit Anjur Program PJMKM Di Bukit Goram
0 Comments

ISNIN, 31 OKTOBER 2022

KAPIT: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kapit meneruskan penganjuran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) bagi kawasan DUN N.63 Bukit Goram.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat di Kitai Mart Sdn Bhd, Kapit pada Ahad.

Program jualan murah seperti itu amat dinantikan orang ramai dan mereka berharap ia dapat diadakan dengan lebih kerap lagi di Kapit.

Ini kerana program berkenaan memberi mereka peluang untuk membeli barangan keperluan harian dengan harga yang cukup murah.

Jefferson dalam pada itu berkata, penganjuran PJMKM sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung penduduk di Kapit memandangkan harga barang yang kian meningkat saban hari.

Para pengujung yang datang itu turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab khususnya KPDNHEP Kapit dan Syarikat Kitai Mart kerana sudi mengadakan program jualan murah sebegitu.

Mereka juga mengucapkan terima kasih juga kepada Menteri KPDNHEP, Dato Sri Alexander Nanta Linggi kerana tampil dengan inisiatif menganjurkan PJMKM. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *