1,340 Pelajar B40 UiTM Cawangan Sarawak Terima Peranti Siswa dan Food Bank

UKAS  > Edisi-Selatan >  1,340 Pelajar B40 UiTM Cawangan Sarawak Terima Peranti Siswa dan Food Bank
0 Comments

RABU, 2 NOVEMBER 2022

KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,340 pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menerima ‘Tablet’ di bawah program Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Majlis pengagihan Peranti Siswa dan sumbangan Food Bank itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Syukri di sini pada Rabu.

Peranti Siswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Belanjawan 2022.

Menurut Dato Sri Alexander, kerajaan menyasarkan seramai 350,000 mahasiswa menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif Peranti Siswa pada tahun ini.

“Setakat yang dimaklumkan hingga 25 Oktober 2022, sebanyak 287,614 permohonan telah dilulskan di seluruh Malaysia bagi Peranti Siswa Keluarga Malaysia.”

Dalam pada itu beliau menyatakan bahawa, Inistiatif Peranti Siswa merupakan usaha kerajaan dalam membantu mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kelompok keluarga B40, dalam memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

“Seramai 400,000 mahasiswa telah dikenalpasti dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terdiri daripada pelajar Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa ledakan digital ini terutamanya di Sarawak amat fokus kepada inisiatif pendigitalan pelbagai bidang ekonomi dapat melahirkan Keluarga Malaysia yang celik IT selain memberi ruang kepada inovasi bagi mengharumkan nama negara.

Dalam majlis sama beliau turut memaklumkan bahawa, Inisiatif Program Food Bank Siswa adalah salah satu Inisiatif di bawah Program Food Bank Malaysia (PFBM) yang dilaksanakan oleh Kerajaan bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain dapat mengurangkan pembaziran makanan.

“PFBM ini telah rasminya dilancarkan di Peringkat Kebangsaan pada Disember 2018 di Kompleks Penyayang Pulau Pinang sejak Ogos 2018 sehingga Oktober 2022, seramai 684,156 ahli isi rumah telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut beliau turut dimaklumkan bahawa pihak KPDNHEP telah meluaskan Insiatif Program Food Bank Siswa di UiTM Cawangan Sarawak yang berkonsepkan Food Pantry dan telah beroperasi sejak Disember 2021.

Katanya, KPDNHEP dan SFBM bersedia untuk menerima apa-apa cadangan dan maklum balas agar program dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Hadir sama Rektor UiTM Cawangan Sarawak Dato Jamil Hamali, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof serta tetamu yang lain. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *