GPS Hargai Sokongan Kaum Cina Di Song

UKAS  > Edisi-Tengah >  GPS Hargai Sokongan Kaum Cina Di Song
0 Comments

SELASA, 8 NOVEMBER 2022

SONG: Sokongan kaum Cina di daerah Song terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas sangat dihargai.

Menurut calon GPS Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, kaum Cina di Song juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kaum Iban sekali gus memperlihatkan perpaduan kukuh dua kaum berkenaan di situ.

Katanya, ini terbukti dengan kebolehan kaum Cina Song bertutur dalam bahasa Iban.

Beliau juga menyeru kaum Cina di situ agar terus memberikan sokongan kepada GPS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti demi memastikan kestabilan politik dan pembangunan berterusan di Sarawak khasnya di Kapit.

Dato’ Sri Alexander berucap demikian semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan SJK (c) Hin Hua Song pada Ahad.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata Dato’ Sri Alexander merupakan pemimpin yang dipercayai oleh kerajaan Persekutuaan dan kerajaan negeri.

Ujarnya, ini terbukti dengan jawatan yang beliau galas di peringkat persekutuaan mahupun negeri. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *