GPS Tidak Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Mahupun Gabungan Di Semenanjung

UKAS  > Edisi-Utara >  GPS Tidak Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Mahupun Gabungan Di Semenanjung
0 Comments

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

SELANGAU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan tiada kerjasama dilakukan dengan mana-mana parti mahupun gabungan di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir. Christopher Gira Sambang sebaliknya berkata, GPS bergerak solo dan bersendirian pada PRU-15 ini. 

“GPS tidak bekerjasama dengan mana-mana parti dan gabungan di Semenanjung dalam pilihan raya ini. 

“Saya percaya tiada satu pun parti atau gabungan yang akan dapat majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Damat, Nanga Tabau, Batang Oya, di sini pada Khamis. 

Justeru, tegas Ir. Christopher Gira adalah penting bagi GPS dalam PRU-15 menang di kesemua 31 kerusi Parlimen yang ditandingi di Sarawak. 

Sekiranya GPS menang besar, sudah pastinya perjuangan menuntut hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diteruskan sehingga tercapai. 

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol dan calon GPS do Parlimen Selangau Edwin Banta. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *