GPS Bela Nasib Rakyat, Prihatin Terhadap Rakyat

UKAS  > Edisi-Utara >  GPS Bela Nasib Rakyat, Prihatin Terhadap Rakyat
0 Comments

JUMAAT, 11 NOVEMBER 2022

BEKENU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan parti yang sentiasa membela nasib rakyat dan prihatin terhadap rakyat.

Justeru Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan USahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr.Ripin Lamat menyeru masyarakat untuk terus memberi sokongan kepada GPS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

“Saya menyeru hadirin semua untuk memberi sokongan kepada calon GPS Parlimen Sibuti saudara Lukanisman Awang Sauni.

“Ini adalah supaya GPS dapat terus membantu rakyat terutamanya di Parlimen Sibuti ini,”katanya dalam satu program kempen GPS di Kampung Sepurau pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, projek bagi menaik taraf dewan kampung berkenaan kini sedang dilaksanakan.

Katanya, projek tersebut menelan kos sebanyak RM200,000.- Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *