Golongan Wanita Berperanan Penting Dalam Pembentukan Dasar Negara

UKAS  > Edisi-Utara >  Golongan Wanita Berperanan Penting Dalam Pembentukan Dasar Negara
0 Comments

AHAD, 13 NOVEMBER 2022

BINTULU: Golongan wanita seperti mana golongan lelaki memainkan peranan penting dalam bidang politik termasuk pembentukan dasar dalam negara. 

Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Kemena Jenny Bangga berkata, jika dahulu politik rata-ratanya dikuasai oleh lelaki sahaja, namun kini zaman telah berubah di mana wanita juga turut memainkan peranan penting dalam bidang politik serta terlibat secara aktif dalam pentadbiran negara.

“Oleh kerana itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini kelak, golongan wanita yang layak mengundi digalakkan menjalankan tanggungjawab mereka dengan turun mengundi pada 19 November ini nanti. 

“Ia adalah bagi melunaskan hak mereka dalam sistem demokrasi sekaligus memilih kerajaan baharu bagi menerajui kepimpinan negara,” katamya.

Beliau berucap dalam Begempuru Bergulai Enggai Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Pampang Kemena di sini pada Jumaat. 

Ujar beliau lagi, Sarawak memerlukan suara yang kuat pada masa hadapan yang mana jumlah undi kaum wanita turut memberikan impak besar dalam landskap politik negara. 

Oleh itu kaum hawa di negeri ini harus berfikir secara bijak sebelum mengundi bagi memastikan calon yang diundi mereka nanti adalah yang benar-benar dapat membela nasib rakyat serta membantu wanita memajukan diri mereka dari semasa ke semasa.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *