Dato Sri Fadillah Lawat Pusat Mengundi awal IPK Sarawak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Dato Sri Fadillah Lawat Pusat Mengundi awal IPK Sarawak
0 Comments

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof meluangkan masa melawat ke pusat mengundi awal Dewan MES Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Selasa.

Kehadiran beliau pada jam 8.20 pagi tadi yang diiringi Senator Dr Zaiedi Suhaili telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri.

Selama lebih kurang sejam, beliau meninjau kelancaran proses pengundian di samping menyantuni petugas SPR dan para pengundi. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *