Pendidikan Di Luar Bandar Amat Penting Pacu Kecemerlangan Sarawak

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pendidikan Di Luar Bandar Amat Penting Pacu Kecemerlangan Sarawak
0 Comments

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

SIBU: Pendidikan sangat mustahak terutamanya di kawasan luar bandar demi kecemerlangan anak-anak di Sibu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata dengan memberikan tuisyen percuma kepada 22 buah pusat tuisyen di rumah panjang di kawasan beliau, masyarakat luar bandar tidak lagi terpinggir daripada pendidikan.

“Apa yang saya lakukan di DUN Nangka adalah dengan memberikan tuisyen percuma kepada anak-anak dengan 22 buah pusat tuisyen di rumah panjang dan perkara seperti ini tiada di Bawang Assan.

“Tuisyen penting untuk anak-anak kita, perkara semudah itu pun tidak dapat dilakukan di Bawang Assan, ini jelas menunjukkan bahawa pihak tersebut tidak berjiwa rakyat langsung untuk bangsa Iban di Bawang Assan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bawang Assan pada Sabtu.

Berkenaan isu Universiti Teknologi Sarawak (UTS), beliau telah memohon untuk mendapatkan biasiswa kepada anak-anak golongan sasar atau miskin kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk memberikan 80 peratus biasiswa kepada anak Sarawak.

“Tetapi masih ramai anak miskin yang tidak mampu membayarnya dan setelah itu saya telah meminta supaya biasiswa ditambah lagi 30 peratus menjadikan sebanyak 80 peratus.

“Pembayaran untuk kursus asas juga kini tida lagi bayaran, sebelum ini bayaran dikenakan sebanyak RM10,000 untuk kemasukan tersebut.,” tambahnya lagi.

Seramai 118 orang tuai-tuai rumah dari rumah panjang di DUN Bawang Assan telah menghadiri program tersebut.

Hadir sama Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Thomas Romeo, Christopher Tegong dan Daniel Bujal, Temenggong Stantley Geramong dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu merangkap Calon P.212 Sibu Clarence Ting Ing Horh.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *