PRU-15: 2,520 Undi Awal Di Kem Penrissen Bagi Parlimen Kota Samarahan

UKAS  > Edisi-Selatan >  PRU-15: 2,520 Undi Awal Di Kem Penrissen Bagi Parlimen Kota Samarahan
0 Comments

KUCHING: Seramai 2,520 orang melibatkan anggota tentera dan pasangan bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan mula menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Dewan Bukavu Kem Penrissen, Kuching pada Selasa.

Proses pengundian ini dilaksanakan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang membabitkan empat saluran.

Tinjauan yang dilakukan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati para pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menunggu giliran masing-masing di pusat pengundian.

Untuk rekod, pengundian awal hari ini melibatkan 4,858 pengundi tentera dan 226 anggota polis serta pasangan di empat pusat mengundi awal bagi Parlimen Kota Samarahan yang menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Rubiah Wang akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Abang Halil.

Manakala, seramai 82,229 pengundi berdaftar bagi kerusi parlimen ini akan turun mengundi pada 19 November depan bagi membolehkan rakyat Sarawak memilih kerajaan baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *