PRU15: Calon GPS Parlimen Bintulu, 4 ADUN Selesai Tunaikan Kewajipan Mengundi

UKAS  > Edisi-Utara >  PRU15: Calon GPS Parlimen Bintulu, 4 ADUN Selesai Tunaikan Kewajipan Mengundi
0 Comments

SABTU, 19 NOVEMBER 2022

BINTULU: Cuaca baik pada sebelah pagi telah membolehkan ramai pengundi turun menunaikan kewajipan mengundi di Parlimen Bintulu pada hari ini. 

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Tiong King Sing telah membuang undi di SK Agama (MAIS) Majlis Islam, Bintulu pada sebelah petangnya. 

Selain calon, turut membuang undi Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Kemena) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan isteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Chung San, Sebauh dan diikuti Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan) Datuk Majang Renggi di SK Kampung Tegageng, Suai.

Manakala, ADUN Tanjong Batu Johhny Pang Leong Ming pula mengundi di Bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah pada jam 9:00 pagi dan ADUN Jepak Datuk Talip Zulpilip mengundi di SK Kuala Tatau pada jam 10:15 pagi. 

Orang ramai khususnya pengundi mengambil peluang cuaca yang baik pada sebelah pagi keluar mengundi sehingga menyebabkan beberapa laluan lalu lintas sesak.

Sehingga jam 3:00 petang tadi, jumlah peratus keluar mengundi di Parlimen Bintulu sebanyak 53.6 peratus atau 60,843 orang. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *