Alexander Nanta Linggi Sambung Perjuangan Bangkitkan Kapit

UKAS  > Edisi-Tengah >  Alexander Nanta Linggi Sambung Perjuangan Bangkitkan Kapit
0 Comments

AHAD, 20 NOVEMBER 2022

KAPIT: Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengekalkan dominasinya di kerusi Parlimen Kapit selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di bawah tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau melakar kemenangan dengan meraih undi sebanyak 16,522.

Dato Sri Alexander menundukkan kedua-dua calon pembangkang dengan majoriti sebanyak 12,402 undi selepas calon Pakatan Harapan, Pangkas Unggang meraih 4,120 dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Robert Saweng dengan 1,357 undi.

Untuk rekod, jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kapit adalah seramai 45,210 orang dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 48.66 peratus.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *