PRU15: Kemenangan Besar GPS Di Parlimen Petra Jaya Harapan Tinggi Daripada Pengundi

UKAS  > Edisi-Utara >  PRU15: Kemenangan Besar GPS Di Parlimen Petra Jaya Harapan Tinggi Daripada Pengundi
0 Comments

AHAD, 20 NOVEMBER 2022

KUCHING: Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen  Petra Jaya dengan majoriti besar iaitu 41,363 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan suatu harapan tinggi daripada pengundi-pengundi, kata Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof. 

Ujarnya, beliau akan mengkaji dan membuat banyak interakasi selepas ini bagi memenuhi permintaan pengundi-pengundi warga emas, wanita, orang muda dan sebagainya. 

“Saya akan membuat ‘post-mortem’ dan mengkaji bila saya membuat enggement banyak ‘whislist’ daripada setiap kawasan yang akan saya kaji dna penuhi apa yang boleh dipenuhi untuk tunaikan apa yang diminta dan aspirasi termasuk daripada warga emas, wanita dan orang-orang muda dan sebagainya. 

“Saya juga akan membawa suara mereka dan memastikan agar kita dapat melaksanakan apa yang dihajatkan dan dibawa ke peringkat kerajaan,” katanya. 

Beliau ditemui selepas menyaksikan pengumuman GPS pada PRU-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Sabtu. 

Dato Sri Fadillah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Petra Jaya apabila memperoleh 54,745 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH) 13,382 undi dan calon dari Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) Othman Abdillah yang hanya memperoleh 1,036 undi. 

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di kawasan Parlimen Petra Jaya yang telah turun mengundi dan memberikan kemenangan besar kepadanya. 

“Kepada para pengundi yang turun mengundi pada sebelah paginya cuaca baik dan hujan pada petangnya, tetapi masih ramai yang turun mengundi. 

“Saya mengucapkan terima kasih di atas amanah yang diberikan dengan majoriti besar sekali bermakna tugas dan tanggungjawab yang saya pikul amat berat. 

“Ini disebabkan dengan majoriti besar harapan yang begitu tinggi daripada pengundi khususnya daripada pengundi-pengundi muda yang memberi sokongan besar kepada Parlimen Petra Jaya,” ujarnya lagi. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada petugas pilihan raya, pasukan keselamatan, sukarelawan dan pekerja-pekerja parti yang telah menjayakan PRU-15.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *