Kerajaan Sarawak Lulus Permit Kerja Lima Tahun Tanpa Pembaharuan Kepada Golongan Professional

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan Sarawak Lulus Permit Kerja Lima Tahun Tanpa Pembaharuan Kepada Golongan Professional
0 Comments

SELASA, 22 NOVEMBER 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memberikan kelulusan selama lima tahun sekaligus kepada pemohon pas pengajian bagi ekspatriat tanpa perlu membuat pembaharuan setiap tahun. 

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, kelulusan hanya akan diberikan kepada golongan professional dan pakar dalam bidang Digital Scientist dan pakar teknikal yang bekerja dalam sektor industri tenaga dan sektor digital di Sarawak. 

“Pemohon mestilah mempunyai kepakaran serta mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf. pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, mempunyai kontrak kerja tidak kurang daripada lima tahun, dan gaji asas tidak kurang daripada RM3000.

“Permohonan untuk menggaji golongan tersebut hendaklah dikemukan kepada pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak yang terdekat untuk diproses seterusnya dibentang dalam Jawatankuasa Lokalisasi bagi pertimbangan dan keputusan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan Baru Bian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Selasa. 

Tambah beliau, cadangan ini telah dilaksanakan melalui pertimbangan Jawatankuasa Lokalisasi dan permohonan akan dipertimbangkan mengikut kriteria yang ditetapkan. 

Menjawab soalan tambahan mengenai sektor strategik yang telah dilaksanakan oleh Premier Sarawak berkaitan sistem digital, Dato Gerawat berkata sektor strategik tersebut adalah digital sektor dan industri tenaga.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *