Projek Jalan Bukit Balau-Banting Dijangka Siap Julai 2023

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Jalan Bukit Balau-Banting Dijangka Siap Julai 2023
0 Comments

SELASA, 22 NOVEMBER 2022

KUCHING: Projek Jalan Bukit Balau-Banting dijangka siap pada Julai 2023.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Ir. Aidel Lariwoo berkata, projek tersebut berada dalam tahap kemajuan sekitar 53 peratus setakat 31 Oktober 2022.

Menurutnya, projek itu mengalami kelewatan sebanyak 13 peratus kemajuan yang dijadualkan.

“Melihat kepada kadar kemajuan terkini, kita oleh menjangkakan projek ini akan siap menjelang Julai 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Ir. Iadel menambah, skop projek ini adalah pembinaan jalan tar sepanjang 9.5 kilometer (km) yang merangkumi 1.5 km jalan utama standard JKR R3, ‘Spur Road’ standard JKR R1 sepanjang 8km serta sebuah jambatan konrit bertetulang (RC Bridge). -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *