Ceramah Agama Santai d’Padang Di Sarikei Dapat Sambutan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Ceramah Agama Santai d’Padang Di Sarikei Dapat Sambutan
0 Comments

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2022

SARIKEI: Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei bersama Pejabat Residen Bahagian Sarikei telah menganjurkan Program Ceramah Agama Santai d’ Padang bertempat di Gelanggang Futsal Kampung Seberang Sarikei pada Jumaat.

Penceramah bagi program ini ialah Pegawai Dakwah Latihan dan Pembangunan HIKMAH Ustaz Sarbini Dahlan.

Pada asalnya, ceramah itu diadakan di Padang Kompleks Sukan Intergrasi namun berikutan cuaca tidak mengizinkan lokasinya ditukar ke Gelanggang Futsal bersebelahan dengan padang.

Antara intipati ceramah ialah hidup perlu ada nilai prinsip yang dipegang dan diramalkan yakni agama kerana ianya mampu menyelesaikan masalah serta menyatukan persengketaan dan perbalahan.

Selain itu, intipati ceramah juga menekankan agar masyarakat menjadikan institusi masjid sebagai satu pusat penyatuan ummah agar umat Islam tidak berpecah belah dan mudah diperdaya.

Ini merupakan program agama yang julung kali diadakan sempena Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei yang bermula 26 November hingga 4 Disember 2022.

Majlis Ilmu ini berkonsepkan beribadah sambil beriadah dengan memperkenalkan program ceramah agama diadakan secara santai dengan peserta duduk di atas tikar secara berkumpulan sambil membawa hidangan sendiri dari rumah.

Jemputan adalah terbuka dan digalakkan secara berkumpulan sama ada dari kalangan keluarga, sahabat, kariah Masjid/ Surau, JKKK, pertubuhan dan sebagainya. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *