Ir Yusuf Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Seberang Sarikei

UKAS  > Edisi-Tengah >  Ir Yusuf Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Seberang Sarikei
0 Comments

SABTU, 26 NOVEMBER 2022

SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkesempatan melawat rumah KK Reduan Nor di Jalan Ixora, Kampung Seberang Sarikei yang terbakar pada petang Jumaat.

Kejadian itu menyebabkan keseluruhan rumah tersebut musnah namun kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Dalam lawatan pada Sabtu itu, Ir Yusuf turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang tunai dan makanan kepada mangsa dan turut bersimpati atas kejadian tersebut.

Beliau juga berharap mangsa bersabar dan akan berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh untuk mengenalpasti bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban mereka.

Selain itu Ir Yusuf juga menyeru penduduk kampung, badan kerajaan, persatuan, NGO atau persendirian turut sama membantu mangsa.

Dalam perkembangan lain, semasa bercakap kepada wartawan, Ir Yusuf berkata beliau akan berusaha membawa isu naiktaraf kelengkapan, jentera serta jumlah anggota Bomba di Bandar Sarikei bagi agar kerja-kerja menyelamatkan dapat dijalankan lebih baik dan lancar.

Berkaitan pembentukan kabinet kerajaan pusat, beliau berharap pembentukan kerajaan Perpaduan ini memberi lebih ramai wakil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik menyertai kabinet kerana Sarawak khususnya masih memerlukan banyak pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar.

Hadir sama pada lawatan ialah Temenggong, Pemanca, Penghulu dan Ketua-ketua Kaum Kampung Sarikei. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *