Sarawak Jadi Destinasi Pelaburan Terutama Malaysia

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sarawak Jadi Destinasi Pelaburan Terutama Malaysia
0 Comments

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2022

KUCHING: Sarawak sentiasa menjadi antara destinasi pelaburan terutama di Malaysia untuk projek pembuatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak telah menarik jumlah pelaburan bagi projek pembuatan bernilai RM23.17 bilion untuk tahun 2020 dan tahun 2021.

“Pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak keputusan pelaburan dalam dua tahun kebelakangan ini,

“Oleh sebab itu, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif, bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19 seperti BKSS 1.0 hingga 9.0 yang bernilai RM6.7 bilion untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan kita, kumpulan mudah terjejas, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan lain-lain.” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah ‘Sarawak Entrepreneur of the Year’ 2022 (EOYS) di sebuah hotel di sini.

Datuk Amar Awang Tengah juga menyeru sektor swasta untuk memainkan peranan yang sesuai untuk membantu merealisasikan visi Sarawak sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Turut hadir ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Perindustrian Sarawak (SCCI) merangkap Pengerusi EOYS, Datuk Dr. Philip Ting dan Pengerusi Penganjur, Angie Kueh. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *