Malaysia LNG Sumbang Kemudahan Peralatan Asrama Kepada SMK Tatau

UKAS  > Edisi-Utara >  Malaysia LNG Sumbang Kemudahan Peralatan Asrama Kepada SMK Tatau
0 Comments

AHAD, 11 DISEMBER 2022

TATAU: Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau sangat menghargai sumbangan Malaysia LNG dalam kebajikan sekolah. 

Pengetua SMK Tatau Dr. Layang Ugek berkata, sumbangan ini begitu bermakna sekali demi keselesaan pelajar-pelajar di SMK Tatau. 

“Hari ini SMK Tatau telah mencipta sejarah kerana telah menerima sumbangan yang begitu besar daripada Malaysia LNG. 

“Pihak Malaysia LNG telah menyumbangkan sebanyak 400 tilam, 300 buah katil ‘double decker’ serta 650 buah kerusi plastik,” katanya ketika berucap dalam Malaysia LNG Bestari: Program Jangkauan Luar di SMK Tatau di sini pada Jumaat. 

Dalam pada itu, beliau juga berharap selain Malaysia LNG, ada badan korporat lain yang turut memberikan sumbangan kepada pihak sekolah pada masa akan datang. 

Turut diadakan sesi penerangan berkaitan biasiswa dan peluang pekerjaan  yang ada di Malaysia LNG kepada para pelajar.

Terdahulu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi telah menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar SMK Tatau sebagai dorongan berusaha lebih gigih dan menjadi orang yang berjaya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *