Sarawak Bakal Jadi Pangkalan Operasi Terbesar Taiyo Yuden

UKAS  > Edisi-Utama >  Sarawak Bakal Jadi Pangkalan Operasi Terbesar Taiyo Yuden
0 Comments

RABU, 21 DISEMBER 2022

JAPAN: Sarawak bakal menjadi pangkalan operasi terbesar Taiyo Yuden untuk menghasilkan kapasitor seramik berbilang lapisan bagi memenuhi permintaan global produk elektronik itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Taiyo Yuden yang terus berkembang di Sama Jaya membuktikan keyakinan mereka terhadap kerajaan Sarawak walaupun menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geo-politik.

Jelasnya, ini akan menjadikan Sarawak sebagai pangkalan pembuatan global serta operasi terbesar termasuk Jepun, Korea Selatan dan China.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi ke Jepun dan melakukan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Taiyo Yuden Co., Ltd., Shoichi Tosaka di Niigata, Jepun pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan dan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar turut dibawa untuk melihat kemudahan canggih Taiyo bagi proses pembuatan di Niigata di mana ia akan direplikasi di loji baharu Sarawak.

Justeru itu, beliau mengalukan pelaburan Taiyo Yuden dan memberi jaminan kepada pihak berkenaan bahawa kerajaan Sarawak akan melancarkan usaha bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan jayanya di Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Penasihat MINTRED Sarawak, Datuk Mohd. Naroden Majais, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Sr. Zaidi Mahdi, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Sarawak, Dzulkornain Masron, Pegawai Khas MINTRED Sarawak, Datu Liaw Soon Eng, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni, Naib Presiden Kanan Strategi Korporat Petroleum Sarawak Berhad, Abang Arabi Abang Narudin dan Pengarah Pelaburan RECODA, Lester Matthew. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *