Rumah Terbuka Krismas Borneo Evangelical Chruch Meriah

UKAS  > Edisi-Utama >  Rumah Terbuka Krismas Borneo Evangelical Chruch Meriah
0 Comments

ISNIN, 26 DISEMBER 2022

LONG LAMA: Sambutan Krismas pada tahun ini meriah biarpun disambut sederhana dan masih dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19. 

Pada tahun ini, buat julung kalinya Borneo Evangelical Chruch Meriah telah menganjurkan Rumah Terbuka Krismas di Long Lama pada Ahad. 

Memeriahkan suasana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai dan Ketua Masyarakat kaum Cina Long Lama Penghulu Desmond Yap.

Sambutan kali ini penuh bermakna apabila ramai penduduk Long Lama yang bekerja di luar termasuk di Miri pulang ke kampung untuk meraikan perayaan Krismas.  

Seperti perayaan-perayaan lain, pelbagai kuih muih dan makanan yang disajikan kepada masyarakat yang hadir untuk dikongsikan bersama. 

Jelas terpancar kegembiraan di wajah masyarakat Long Lama yang dapat pulang ke kampung dan meraikan Hari Krismas bersama keluarga masing-masing.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *