Abang Mohamad Porkan Abang Budiman Dilantik Sebagai Residen Bahagian Sri Aman Baharu

UKAS  > Edisi-Selatan >  Abang Mohamad Porkan Abang Budiman Dilantik Sebagai Residen Bahagian Sri Aman Baharu
0 Comments

ISNIN, 9 JANUARI 2023

SRI AMAN:  Abang Mohamad Porkan Abang Budiman telah dilantik sebagai Residen Bahagian Sri Aman yang baharu berkuatkuasa pada 3 Januari lepas.

Beliau yang sebelum ini berkhidmat di Pejabat Residen Bahagian Sarikei menggantikan Sirai Daha yang berpindah secara rasminya ke Kementerian Industri Makanan, Komuniti dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD).

Majlis Serah Tugas Residen Bahagian Sri Aman telah disempurnakan oleh Pemangku Residen Sri Aman Elvis Didit kepada Abang Mohamad Porkan di bilik mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sri Aman pada Isnin.

Elvis Didit ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, beliau mengharapkan agar Residen Bahagian Sri Aman yang baharu ini nanti dapat meneruskan tugas-tugas beliau yang sebelum ini dalam membawa lebih banyak pembangunan ke Bahagian Sri Aman.

“Saya berharap tugas-tugas yang belum terlaksana sebelum ini dapat diteruskan oleh Residen yang baharu nanti dan saya menyeru kepada semua agensi kerajaan di Bahagian Sri Aman ini agar dapat memberikan kerjasama yang erat kepada Residen baharu ini nanti,” katanya.

Sementara itu, Abang Mohamad Porkan ketika ditemui berharap agar kerjasama erat semua pegawai di RANDO Sri Aman dapat diteruskan agar dapat menyampai perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat Sri Aman

Turut hadir, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Sharif, Pegawai Daerah Lubok Antu, Richard Ngumbang, Pemangku Pegawai Daerah Pantu, Langgong Massam dan Pemangku Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *