30 Ahli Majlis Daerah Serian Angkat Sumpah Pelantikan Semula

UKAS  > Edisi-Selatan >  30 Ahli Majlis Daerah Serian Angkat Sumpah Pelantikan Semula
0 Comments

RABU, 11 JANUARI 2023

SERIAN: Seramai 30 orang Ahli Majlis Daerah Serian (MDS) telah mengangkat sumpah pelantikan semula bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac ini iaitu selama tiga bulan.

Upacara tersebut dilakukan di hadapan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn bertempat di Roxy Hotel Serian pada Rabu.

Semasa berucap, Datuk Roland memberitahu, ahli-ahli majlis yang dilantik berperanan untuk menggubal dasar-dasar pentadbiran majlis daerah termasuk mencadang idea-idea baru dan bernas dalam menyediakan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di daerah Serian.

“Matlamat utama kita adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan peranan anda juga adalah untuk menjaga nama kerajaan hari ini,”katanya.

Dalam upacara itu, kesemua ahli majlis telah menandatangani surat pelantikan penerimaan jawatan masing-masing serta melafazkan ikrar bebas rasuah yang dipimpin oleh Pengerusi MDS Lim Hock Meng.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Damen Rejek, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian Cr Asem Linkin dan Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Serian Colline John Sitin.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *