Konsep ‘Open Door Policy’ dan ‘Ease of Doing Business’ Sebagai Pemudahcara, Bangunkan Ekonomi Negara

UKAS  > Edisi-Utama >  Konsep ‘Open Door Policy’ dan ‘Ease of Doing Business’ Sebagai Pemudahcara, Bangunkan Ekonomi Negara
0 Comments

RABU, 11 JANUARI 2023

KUALA LUMPUR: Konsep ‘Open Door Policy’ dan ‘Ease of Doing Business’ harus dijadikan sebagai pemudahcara dalam usaha membangunkan semula ekonomi negara, tegas Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, konsep ini haruslah diterapkan dengan penuh integriti dan amanah.

“Bersempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2022 yang disambut pada 9 Disember 2022, YAB Perdana Menteri berkata agenda reformasi terutamanya dalam usaha pencegahan rasuah tidak hanya terhad kepada penguatkuasaan. 

“Sebaliknya, nilai-nilai seperti integriti, berakhlak tinggi, menjayakan tugas dengan penuh beretika adalah aspek yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Sejak dari hari pertama saya menjejakkan kaki ke Kementerian ini, saya sudah menekankan tentang konsep ‘open door policy’ dan ‘ease of doing business’ kepada warga KKR dalam usaha Kementerian ini membantu menyumbang kepada usaha membangunkan semula negara. Namun, konsep ini haruslah diterapkan dengan penuh integriti dan amanah, selari hasrat Kerajaan dalam memerangi rasuah.” Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat Tahun Baru dan Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri Kerja Raya bagi bulan Januari di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain itu, beliau turut menyentuh beberapa perkara lain seperti memberi  komitmen dalam agenda membaik pulih aset dan infrastruktur yang terjejas akibat bencana alam, Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak serta Sarawak-Sabah Link Road serta memberi fokus kepada Pelan Strategik Pendigitalan KKR.

Dalam pada itu, Dato Sri Alexander turut menyatakan agar semua penjawat awam di bawah kementeriannya  dapat bekerjasama dan memberikan komitmen padu sepanjang tahun 2023 serta meneruskan iltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *