50 KMKK DUN Opar Terima Sijil Lantikan Semula & Baharu

UKAS  > Edisi-Selatan >  50 KMKK DUN Opar Terima Sijil Lantikan Semula & Baharu
0 Comments

SABTU, 14 JANUARI 2023

LUNDU: Seramai 50 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar menerima sijil lantikan semula dan baharu pada Jumaat. 

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang bertempat di Pa’ek Homestay, Kampung Pasir Hulu.

Seramai 10 KMKK telah dilantik baharu manakala 40 orang dilantik semula.

Semasa berucap, Billy mengingati semua KMKK agar terus bermotivasi tinggi bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, di samping berperanan sebagai mata, telinga, suara dan perantara di antara penduduk kampung dan kerajaan.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek, Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, Pemanca Benjamin Gersit Jais dan Pemanca Allen Manium Enggang.

Dalam majlis ringkas itu, 11 KMKK turut dirai di atas persaraan mereka.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *