BDA Harap Hubungan Baik, Kerjasama Erat Dengan Media Bintulu Akan Berterusan

UKAS  > Edisi-Utara >  BDA Harap Hubungan Baik, Kerjasama Erat Dengan Media Bintulu Akan Berterusan
0 Comments

JUMAAT, 20 JANUARI 2023

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berharap agar hubungan baik dan kerjasama erat bersama pihak media di Bintulu akan berterusan di masa hadapan.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari berkata, ia adalah bagi bersama mencapai visi ke arah Bandar Raya Bintulu mesra menjelang 2025 dengan misi membangun sebuah bandar raya yang mesra dan mampan.

“BDA menghargai dan berterima kasih kepada para pengamal media yang telah berkolaboratif dengan baik dan konsisten dalam menyebar luas maklumat serta menyampaikan masalah dan maklum balas rakyat kepada BDA. 

“BDA berharap ia akan berterusan pada masa yang akan datang,”katanya dalam program Media Nite 2023 di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Datu Muhamad Yakup berharap dapat meletakkan Bintulu sebagai sebuah bandar bersih serta akan mengadakan ‘showcase’ program bersama masyarakat untuk menunjukkan ciri mesra dan pelbagai kaum, sekali gus dapat disajikan kepada para pelancong dan pengunjung yang berkunjung ke situ.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, majlis malam itu juga adalah untuk melancarkan Logo Rasmi ulangtahun BDA yang ke-45 tahun serta memaklumkan mengenai 23 program dan acara yang akan diadakan sepanjang tahun 2023.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Timbalan Pengurus Besar BDA Abdul Rahim Abdullah dan Setiausaha BDA Wan Ibrahim Wan Ali.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *