27 Sertai Majlis Khatam Al-Quran SK Haji Junid

UKAS  > Edisi-Tengah >  27 Sertai Majlis Khatam Al-Quran SK Haji Junid
0 Comments

SABTU, 21 JANUARI 2023

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir serta isteri menghadiri Majlis Khatam Al-Quran SK Haji Junid, Gerigat Tahun 2023 di Dataran SK Haji Junid Gerigat baru-baru ini.

Majlis Khatam Al-Quran ini menggariskan beberapa objektif antaranya ialah bagi memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian muslimin dan muslimat.

Selain itu, ianya diadakan untuk mendekatkan para pelajar dengan Al-Quran serta untuk melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan Al-Quran dalam rutin harian dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar, guru, kakitangan sekolah serta komuniti.

Pada tahun ini, seramai 27 peserta mengambil bahagian dalam majlis tersebut dengan 12 daripadanya adalah peserta lelaki, manakala 15 peserta perempuan.

Majlis bermula sekitar jam 9 pagi dengan perarakan para peserta khatam mengelilingi kampung-kampung di Gerigat dan terdapat 7 buah sungan menyertai perarakan ini.

Dalam ucapan perasmian, Mohd Chee telah mengumumkan beberapa projek di SK Haji Junid Gerigat di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kabong untuk tahun 2023.

Antaranya ialah membina Dewan Terbuka SK Hj Junid, Gerigat sebanyak RM200,000, membina astaka dan perparitan Padang Bola Sepak SK Hj Junid, Gerigat sebanyak RM150,000 dan membina Surau SK Hj Junid, Gerigat sebanyak RM250,000.

Pada majlis sama, mohd Chee turut menyerahkan sumbangan geran kepada PIBG SK Hj Junid Gerigat sebanyak RM5000 bagi tujuan aktiviti semasa. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *