UAJ FT Juara Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pemuda PBB Cawangan N82 Bukit Sari

UKAS  > Edisi-Utara >  UAJ FT Juara Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pemuda PBB Cawangan N82 Bukit Sari
0 Comments

SELASA, 24 JANUARI 2023

LAWAS: Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N82 Bukit Sari telah berlangsung dengan jayanya dengan pasukan UAJ FT dari Kota Kinabalu dinobatkan johan.

Ini susulan kejayaan mereka menumpaskan Royal Team dari Labuan dalam pertandingan akhir di Gelanggang Arena Sukan Lawas pada Ahad.

Dengan kejayaan tersebut, UAJ FT membawa pulang hadiah sebanyak RM4,000 manakala Royal Team mendapat RM2,000 selaku naib johan.

Pasukan Red Jaws dari Sipitang dan Malindo B dari Lawas yang mendapat kedudukan ketiga bersama pula masing-masing membawa pulang RM700.

Dalam pada itu, majlis penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan N82 Bukit Sari Talib Basir.

Untuk rekod, sebanyak 24 pasukan menyertai kejohanan ini yang telah berlangsung selama dua hari. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *