Rakyat Berbilang Kaum & Agama Di Sarawak Terkenal Dengan Semangat Perpaduan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Rakyat Berbilang Kaum & Agama Di Sarawak Terkenal Dengan Semangat Perpaduan
0 Comments

RABU, 25 JANUARI 2023

SADONG JAYA: Sarawak yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama mempunyai semangat perpaduan sejak dahulu lagi.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, beliau mengharapkan bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2023 ini dapat menjadi lebih bermakna dan merapatkan silaturahim rakyat Sarawak.

“Diharap tahun ini adalah tahun yang lebih bermakna kepada kita semua lebih-lebih lagi di Sarawak ini yang terdiri daripada pelbagai kaum yang terkenal dengan semangat perpaduan.

“Kita boleh bergaul bersama tidak mengira bangsa dan kita kekalkan cara hidup sedemikian tanpa ada anasir luar yang mempengaruhi semangat perpaduan kita.”

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Kampung Terasi Cina, Sadong Jaya, pada Rabu.

Rodiyah menambah, majlis tersebut merupakan sambutan Tahun Baharu Cina pertama beliau semenjak menjadi wakil rakyat Parlimen Batang Sadong dan juga perayaan pertama yang beliau hadiri.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris serta isteri Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat, Penghulu Masyarakat Cina Sadong Jaya Penghulu Teo Thuan Theng, Kapitan Kampung Terasi Cina Kapitan Jaslyn Tan Chiaw Sia serta jemputan lain. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *