ADUN Tanjong Batu Kunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Tanjong Batu Kunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
0 Comments

KHAMIS, 26 JANUARI 2023

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming meluangkan masa untuk mengunjungi rumah terbuka beberapa ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sekitar Bintulu pada Rabu.

Antara rumah terbuka yang dikunjungi ialah kediaman Pengerusi Kelab Toastmaster Bahagian Bintulu Annie Kong Pei Ling, Ahli Veteran SUPP Cawangan Bintulu Hii Toh Chung, Robert Lee Lee Chuan dan Chang Kheng Seng.

Beliau turut berkesempatan melawat ke rumah terbuka Kueh Heng Siang.

Selain berkunjung serta berkongsi kegembiraan dalam kemeriahan meraikan sambutan Tahun Arnab, Johnny turut mengambil peluang tersebut untuk mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan bersama ahli-ahli SUPP Cawangan Bintulu yang lain. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *