MDL Sedia 153 Tapak Gerai Bagi Bazar Ramadan Limbang

UKAS  > Edisi-Utara >  MDL Sedia 153 Tapak Gerai Bagi Bazar Ramadan Limbang
0 Comments

KHAMIS, 2 FEBRUARI 2023

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) menyediakan sebanyak 153 lot tapak gerai sempena pembukaan bazaar ramadan di daerah berkenaan pada tahun ini untuk peniaga.

Walikota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan penyertaan para peniaga di Daerah Limbang untuk menjalankan perniagaan mereka di situ.

“Kita akan membuka ruang dan peluang kepada peniaga daerah Limbang bermula pada 13 Februari nanti  dan borang boleh didapati di kaunter MDL di Plaza Limbang.

“Jenis gerai yang akan kita sediakan di bazar ramadan pada tahun ini ialah katgori berasap, bermasak, makanan, kuih muih, minuman, kek serta biskut dan baju.

“Pada kali ini kita akan menempatkan bazar ramadan di Lot 777 berhadapan dengan bangunan Bank Rakyat Limbang,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Dewan Mesyuarat MDL pada Khamis.

Sufian menambah, selain daripada menghantar borang yang disediakan, para peniaga juga harus membuat bayaran permit bagi kategori-kategori yang disediakan.

“Untuk bayaran permit bagi kategori berasap, panggang bermasak, makanan kuih muih dan minuman adalah sebanyak RM 230.

“Bagi kategori kek dan biskut adalah RM180 manakala bagi kategori kain dan baju adalah sebanyak RM300,”ujarnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, pihak MDL turut melakukan penambahbaikan bagi penganjuran bazar itu pada tahun ini yang mana MDL menyediakan kanopi dimana kanpi adalah 20 x 20 untuk semua kategori kecuali bagi kategori kain dengan keluasan kanopi 20 x 30. 

Menurutnya, turut disediakan adalah sinki untuk memudahkan para peniaga menjalankan aktiviti mencuci peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta kemudahan elektrik untuk peniaga sepanjang penganjuran bazaar Ramadhan.

Justeru tegas beliau, pihak MDL berharap dan memohon kepada peniaga agar mematuhi syarat dan  peraturan-peraturan yang ditetapkan.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *