Dua Lagi Projek RTP Diluluskan Di Meradong

UKAS  > Edisi-Tengah >  Dua Lagi Projek RTP Diluluskan Di Meradong
0 Comments

ISNIN, 6 FEBRUARI 2023

BINTANGOR: Dua lagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong diluluskan.

Projek pertama membabitkan Naiktaraf Prasarana Gereja Methodist Kai Nguong Bintangor yang menelan kos sebanyak RM200,000.

Manakala satu lagi projek adalah Naiktaraf Prasarana Dewan Berbumbung SMK Meradong dengan kos sebanyak RM100,000.

Semasa lawatan ke tapak projek pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berharap para Penganut Gereja Methodist Kai Nguong Bintangor dan para guru SMK Meradong akan memberi kerjasama kepada kontraktor yang telah dilantik dalam pelaksanaan projek itu nanti.

Beliau juga menggesa para penganut serta guru memainkan peranan untuk memastikan pelaksanaan projek mengikut komponen yang telah dicadangkan.

Dalam pada itu, para penganut gereja dan guru-guru menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khususnya kepada ADUN Meradong kerana telah meluluskan dana Projek RTP untuk menaiktaraf prasarana gereja dan sekolah mereka.

Datuk Ding kemudiannya melakukan lawatan di Jalan Utama Soon Lee, Sungai Meradong di mana beliau akan membuat cadangan baharu untuk memasukkannya dalam Projek RTP pada masa akan datang. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *