TEGAS Taja Penerbangan dan Penginapan Pelajar Sarawak Ke Program LaunchX

UKAS  > Edisi-Selatan >  TEGAS Taja Penerbangan dan Penginapan Pelajar Sarawak Ke Program LaunchX
0 Comments

JUMAAT, 10 FEBRUARI 2023

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) akan membiayai penerbangan dan penginapan untuk pelajar Sarawak yang terpilih ke Program LaunchX.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, usaha tersebut adalah sebahagian daripada perkongsian pihaknya dengan Sunway.

Beliau yang juga Pengerusi TEGAS turut menggalakkan universiti tempatan mempromosikan program ini kepada pelajar mereka.

“Saya berharap dapat melihat lebih ramai lagi rakyat Sarawak menyertai program pintasan ini,” katanya lagi dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Program LaunchX ialah sebuah program kerjasama di antara TEGAS melalui Perkampungan Digital TEGAS dan Hab Inovasi Digital dengan Sunway Innovation Labs (iLabs).

Ia terbuka kepada semua pelajar universiti di Malaysia, terutamanya mereka yang mempunyai kesesuaian penyelesaian masalah dan prototaip yang sah seiring dengan 17 matlamat pembangunan lestari United Nations.

Peserta terpilih akan menerima faedah permulaan eksklusif bernilai sehingga RM100,000, peluang pelaburan, akses pasaran dan bimbingan daripada pemimpin industri utama, dan banyak lagi melalui program LaunchX.

Permohonan kini telah dibuka dan maklumat lanjut tentang LaunchX, boleh didapati menerusi lawan sesawang https://sunway.my/LaunchX. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *