Usaha Dilaksana Bersama IADA, Terokai Potensi Pertanian & Perikanan Di Batang Lupar

UKAS  > Edisi-Tengah >  Usaha Dilaksana Bersama IADA, Terokai Potensi Pertanian & Perikanan Di Batang Lupar
0 Comments

JUMAAT, 10 FEBRUARI 2023

PUSA: Kawasan Batang Lupar mempunyai banyak potensi ekonomi dalam sektor pertanian dan perikanan yang boleh diterokai dan menjana pendapatan.

Justeru, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) bagi mencari jalan untuk memajukan sektor pertanian dan perikanan di kawasannya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Beladin, Pusa pada Jumaat.

Sementara itu, beliau mengingati pelajar supaya mengutamakan pendidikan kerana ia mampu mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga.

Pelajar-pelajar juga dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat tetapi mengutamakan hal ehwal persekolahan demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM.

“Kerajaan Sarawak telah banyak membangunkan taraf pendidikan di negeri ini seperti Sekolah Antarabangsa yang telah ditubuhkan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan secara percuma dan beberapa peluang pekerjaan yang akan menanti bakal-bakal pelajar yang berjaya dalam sektor perindustrian.

“Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak telah pun mewujudkan peluang pekerjaan seperti meluaskan kereta elektrik.

“Oleh itu, Sarawak terpaksa mencari pekerja mahir dalam bidang tersebut. Diharap pelajar SMK Beladin ini mengambil peluang ini dan terus berbakti kepada Sarawak,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap pihak sekolah dan pengurusan merancang serta melaksakan aktiviti untuk meningkatkan prestasi sekolah agar SMK Beladin dan SMK Pusa dapat melahirkan pelajar yang berjaya serta terus berbakti di negeri Sarawak.

Pada majlis sama, Shafizan mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk SMK Beladin. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *