101 Penumpang Berdepan Detik Cemas, Pesawat Hadapi Masalah Teknikal, Selamat Mendarat Di Miri

UKAS  > Edisi-Utara >  101 Penumpang Berdepan Detik Cemas, Pesawat Hadapi Masalah Teknikal, Selamat Mendarat Di Miri
0 Comments

SABTU, 11 FEBRUARI 2023

MIRI: Seramai 101 penumpang termasuk seorang bayi yang menaiki sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Miri berdepan detik mencemaskan apabila pesawat dipercayai mengalami masalah teknikal pada Sabtu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 11.44 pagi itu, pesawat Boeing MH2574 tersebut berjaya melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Miri.

Pengurus Lapangan Terbang Miri, Jauhari Abdullah mengesahkan semua penumpang termasuk krew pesawat di dalam keadaan baik.

Menurutnya, sebelum itu pesawat tersebut dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 11.10 pagi.

“Namun, pesawat tersebut dipercayai mengalami masalah ‘flap’ iaitu terletak di bahagian sayap pesawat dan telah melakukan beberapa pusingan sebelum melakukan pendaratan bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa Lapangan Terbang Miri untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Sabtu.

Jauhari Abdullah menambah, semua penumpang termasuk krew pesawat berkenaan dalam keadaan selamat.

“Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri turut tidak terjejas daripada insiden kecemasan ini,” katanya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *