ADUN Meradong Lulus Projek RTP SJKC Su Tak

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Meradong Lulus Projek RTP SJKC Su Tak
0 Comments

RABU, 15 FEBRUARI 2023

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah meluluskan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Su Tak.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf prasarana stadium berbumbung SJK (c) Su Tak yang bernilai RM 100,000.

Selain itu, Datuk Ding juga menyumbang peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP)  bernilai RM 5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG ) SJK (c) Su Tak. 

Datuk Ding mengumumkan perkara itu semasa merasmikan Majlis Graduasi Dan Apresiasi sesi 2022-2023 SJK (c) Su Tak pada Selasa.

Dalam ucapannya, beliau berkata pencapaian pelajar di sekolah itu menjadi bukti betapa para guru telah berusaha mendidik dan memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada para pelajar. 

Beliau percaya bilangan pelajar akan bertambah dari tahun ke tahun kerana pembinaan perumahan di kawasan tersebut yang semakin pesat. 

Justeru tambahnya, tidak mustahil untuk SJK (c) Su Tak melahirkan lebih ramai anak didik yang berketrampilan dan bersahsiah terpuji. 

Datuk Ding juga mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan kepada pihak sekolah kerana berjaya mengelolakan program ini sebagai satu program tahunan sekolah. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *