Pelancongan Di DUN Tanjong Datu Perlu Sejajar Pembangunan Sosial & Pertanian

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pelancongan Di DUN Tanjong Datu Perlu Sejajar Pembangunan Sosial & Pertanian
0 Comments

SABTU, 25 FEBRUARI 2023

KUCHING: Pembangunan pelancongan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu perlu terus dipacu dan dilaksanakan secara berterusan sejajar dengan pembangunan sosial dan pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, pembangunan itu menjadi aspek utama yang dapat diberi perhatian di kawasannya memandangkan Tanjong Datu mempunyai lokasi-lokasi menarik yang berpotensi tinggi sebagai hub pelancongan.

Menurutnya, ia juga mengambil kira pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang hampir siap sepenuhnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Makmal Mini Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi DUN Tanjong Datu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat.

Dengan adanya makmal tersebut, Azizul mengharapkan agar perkhidmatan telekomunikasi seperti talian internet dapat ditambahbaik khususnya dari segi penyampaian perkhidmatan.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif GKCDA Datu Ik Pahon Joyik, Residen Bahagian Serian Selamat Jati Yanjah dan Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *