Masalah Hakisan Tebingan Sungai Menghantui Penduduk Betong

UKAS  > Edisi-Utama >  Masalah Hakisan Tebingan Sungai Menghantui Penduduk Betong
0 Comments

ISNIN, 6 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu memohon kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan agihan belanja bagi melaksanakan projek menangani hakisan tebingan sungai di kawasannya.

Menurut beliau, hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan ban tebingan sungai pecah dan limpahan air pasang masuk membanjiri kawasan kampung tradisi di situ.

Oleh itu katanya, perkara tersebut telah menghantui penduduk setempat yang tinggal di tebingan sungai dan terdedah dengan masalah berkenaan.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Medang, Supa, Mangut, Serembang, Serabang, Tuie, Bungin, Tanjong Asam, Sebemban, Balingian, Kampung Pasar Betong, Kampung Spaoh, Kampung Debak, Kampung Dit termasuk Kampung Buda.

“Pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menganggarkan kos fertigasi sebanyak RM50 juta untuk mengatasi masalah ini untuk jangka masa panjang.

“Saya merayu agar kerajaan mempertimbangkan agihan belanja untuk projek menangani hakisan tebingan sungai tersebut,”katanya semasa membahas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam masa sama katanya, permohonan perbelanjaan itu juga bagi membersih sungai yang tersumbat dan tidak diselenggara yang bukan sahaja mengakibatkan banjir malahan menyebabkan banyak kebun penduduk terjejas.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *