PPDK Batu Niah Anjur Program Bersama Kanak-Kanak Istimewa

UKAS  > Edisi-Utara >  PPDK Batu Niah Anjur Program Bersama Kanak-Kanak Istimewa
0 Comments

KHAMIS, 9 MAC 2023

MIRI: Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Batu Niah telah menganjurkan program gunting rambut amal bersama kanak-kanak istimewa dan ibu bapa mereka sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada Rabu.

Menurut Pengerusi PPDK Batu Niah Low Mei Ping, penganjuran program ini bertujuan merakamkan ucapan terima kasih kepada golongan wanita khususnya ibu kepada anak-anak istimewa kerana mereka telah banyak berbakti dalam menjaga anak-anak mereka.

“Kami turut mengadakan beberapa sesi permainan interaktif semasa program berlangsung untuk membolehkan ibu, pelajar dan guru berinteraksi bersama di samping mengukuhkan keupayaan pelajar menguruskan diri mereka sendiri,” katanya.

Selain daripada itu, aktiviti urus diri seperti memberus gigi, mandi, pemakaian pakaian serta aktiviti motor halus bagi pelatih Program Intervensi Awal (EIP) bersama ibu dan petugas juga turut diketengahkan.

Low Mei Ping turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ms Jojo Saloon Charity Haircut, President Lions Club of Batu Niah Andy Jong Wan Joon dan Buddhist Society Batu Niah Women Section di atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini. – Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *