Tempat Parkir Tambahan Di Pasar Besar Krokop

UKAS  > Edisi-Utara >  Tempat Parkir Tambahan Di Pasar Besar Krokop
0 Comments

KHAMIS, 9 MAC 2023

MIRI: Sebuah tapak permainan usang di Pasar Besar Krokop di sini akan diubahsuai menjadi tempat parkir kereta dan motosikal satu arah. 

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang setelah mendengar keluhan orang ramai. 

Tempat parkir yang dijangka mampu memuatkan hampir 60 buah kereta dan lebih 10 buah motosikal akan mempunyai sistem longkang yang sistematik bagi mengelakkan banjir. 

Penyelesaian projek ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, masalah kekurangan tempat parkir kereta dan parkir sembarangan serta keselamatan pejalan kaki di pasar tersebut. 

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di waktu pagi, kontraktor telah bersetuju untuk memulakan kerja pembinaan selepas jam 10 pagi. 

Sehubungan itu, Adam Yii menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak kontraktor semasa tempoh pelaksanaan projek dan berjanji akan terus memantau kualiti projek tersebut. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *