Kuota Penjawat Awam Dari Sarawak Berkhidmat Di Persekutuan Perlu Adil, Seimbang

UKAS  > Edisi-Tengah >  Kuota Penjawat Awam Dari Sarawak Berkhidmat Di Persekutuan Perlu Adil, Seimbang
0 Comments

SABTU, 11 MAC 2023

KAPIT: Kuota dan peluang penjawat awam dari Sarawak untuk bekerja dalam sektor awam di peringkat persekutuan haruslah adil dan seimbang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong menegaskan ini kerana Malaysia dibentuk oleh semua negeri termasuk Sarawak dan Sabah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata telah membahaskan isu berkenaan bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Jabatan Negara yang berkaitan sebelum ini.

Datuk Wilson berkata demikian semasa majlis penyerahan cek kepada sekolah rendah di Bahagian Kapit pada Jumaat.

Sebanyak 36 sekolah rendah di Bahagian Kapit menerima sumbangan tersebut yang diserah sendiri oleh Datuk Wilson.

Setiap sekolah berkenaan akan menerima RM3000 untuk digunakan bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

Selain itu, Majlis Guru Besar Bahagian Kapit turut menerima sumbangan dari Datuk Wilson sebanyak RM25,000 untuk menjalankan aktiviti mereka. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *