Golongan Wanita Daerah Subis Meriahkan Suasana Hari Wanita Peringkat Daerah

UKAS  > Edisi-Utara >  Golongan Wanita Daerah Subis Meriahkan Suasana Hari Wanita Peringkat Daerah
0 Comments

AHAD, 19 MAC 2023

SUBIS: Golongan wanita di Daerah Subis tidak ketinggalan merasakan suasana meriah dengan penganjuran Sambutan Hari Wanita Sarawak 2023 Peringkat Daerah Subis.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Subis di Giat Mara Sibuti pada pagi Sabtu ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 30 orang yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan, persatuan, pertubuhan, ahli majlis, ketua kaum dan sebagainya.

Sambutan kali ini dimulakan dengan aktiviti Zumba serta demonstrasi gubahan bunga sebelum para peserta menghadiri sambutan Hari Wanita 2023 Peringkat Negeri Sarawak secara atas talian melalui platform Zoom.

Dalam pada itu, sambutan berkenaan bertepatan dengan peranan golongan wanita zaman kini yang menjadi tonggak utama dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan juga negara. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *