Kilang Hidrogen Berasas Sumber Air Sesuai Dibuka Di Batang Ai

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kilang Hidrogen Berasas Sumber Air Sesuai Dibuka Di Batang Ai
0 Comments

KHAMIS, 23 MAC 2023

LUBOK ANTU: Sebuah kilang hidrogen yang berasaskan sumber air sesuai dibuka di kawasan Batang Ai.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, lndustri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, ini kerana kawasan itu mempunyai empangan hidro yang sesuai untuk menyokong agenda ekonomi hidrogen negeri Sarawak.

“Kilang hidrogen yang berasaskan sumber air amat sesuai dibuka di kawasan Batang Ai kerana kita ada Empangan Hidro Batang Ai seperti yang dibuat di Jepun,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Madani Bersama Rakyat di Empit, Lubok Antu pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penghargaan kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) kerana telah membuat penambahan Education Trust Fund Batang Ai daripada RM200,000 ke RM300,000 bermula tahun ini.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *